Alhamdulillah, iLuvislam.com telah berjaya mengadakan lawatan rasmi yang cukup bersejarah ke Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. yang terletak di kawasan perindustrian Shah Alam. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Karangkraf kerana menyambut ketibaan kami dan melayan kami seperti keluarga sendiri.
Lawatan rasmi pada kali ini bukan sahaja disertai oleh krew iLuvislam.com, tetapi ia juga disertai oleh ahli keluarga saya serta sahabat-sahabat saya(bukan krew) yang saya kenali sepanjang saya berada di Malaysia. Lawatan yang julung kali diadakan ini, antaranya bertujuan untuk mempelajari ilmu serta pengalaman dari salah sebuah syarikat terulung di Malaysia(Kumpulan Karangkraf) dan juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara krew iLuvislam.com.
Antara info dan ilmu yang kami perolehi adalah:
1.Kumpulan Karangkraf merupakan sebuah syarikat bumiputera yang sangat berjaya dan disegani; terdiri daripada syarikat Karangkraf, Alaf 21 dan Ultimate Print. Kilang mereka kini merupakan bekas kilang Ericsson yang telah diambil alih.
2. Kawasan perindutrian Shah Alam dikuasai oleh syarikat-syarikat luar negara yang terkenal seperti Toyota, Volvo dan lain-lain. Memandangkan Karangkraf juga mempunyai bangunan dan kilang di situ, ia membuktikan bahawa orang Melayu mampu berjaya dalam bidang perniagaan.
3. Antara rahsia kejayaan Karangkraf adalah pekerja yang dedikasi, bekerjasama, jujur dan ikhlas. Selain itu, pengurusan Karangkraf sangat menghargai staf mereka. Pelaburan dalam membangunkan staf yang cemerlang adalah diutamakan.
4. Rupa-rupanya, proses menghasilkan sesebuah majalah adalah tidak mudah. Ia melibatkan beberapa proses yang kompleks dan panjang:
- Editorial(melibatkan editor, wartawan dan lain-lain)
- Grafik(melibatkan designer, photoghrapher dan lain-lain)
- Percetakan (printing)
5. Hanya 5 % dari projek Karangkraf adalah projek dari kerajaan. Maknanya, banyak syarikat lain menggunakan khidmat Karangkraf dan Ultimate Printing untuk mencetak brochure, buku dan lain-lain. Hal ini bermakna bahawa Karangkraf boleh berjaya tanpa subsidi dan bantuan kerajaan.
6. Antara perkataan yang kami kerap dengar sepanjang lawatan adalah : Keikhlasan dan kepercayaan.
Setelah kami melawat kilang percetakan Sinar Harian, kami berkumpul di dalam sebuah bilik mesyuarat. Antara staf Karangraf yang hadir ketika itu adalah Pengurus Rancangan Korporat, Pengurus Komunikasi Korporat dan Pengurus Media Baru. Kami berbincang tentang kemungkinan "Joint Venture" di antara Karangkraf dan iLuvislam.com. Setelah beberapa minit kami berbincang, CEO dan Founder Karangkraf, Dato' Hussamudin menyertai perbincangan tersebut.
Antara perkara yang ditanya 'directly' kepada saya adalah cara kami 'operate' iLuvislam.com dan kos yang perlu kami bayar.
Menurut beliau, antara sebab kejayaan Karangkraf adalah fokus. Karangkraf fokus kepada industri media cetak kerana kepakaran Dato' adalah pada industri berkenaan.
Setelah beberapa perbincangan dan perkongsian; Dato' membuat beberapa keputusan yang berkuatkuasa serta-merta; antaranya:
1. Karangkraf akan mengambil iLuvislam.com sebagai "anak angkat" dan akan membiayai segala perbelanjaan kami termasuk pembayaran server; bermula Mei 2009. Jadi iLuvislam.com boleh fokus untuk mantapkan lagi iLuvislam.com.
2. Langganan percuma majalah Karangkraf akan diberikan kepada pemenang kuiz-kuiz iLuvislam.com.
3. Iklan percuma untuk iLuvislam di majalah-majalah Karangkraf serta Sinar Harian.
4. Kerjasama untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti iLuvislam.com.
5. Dan lain-lain yang akan saya bincangkan dengan pengurusan Karangkraf tidak lama lagi.
Sesungguhnya, situasi ketika itu amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Saya sangat terkejut dan kelu dengan apa yang diperkatakan oleh Dato'. SubhanAllah, hati saya tidak putus-putus mengucapkan alhamdulillah. Ia adalah sesuatu yang luar biasa! Sesungguhnya ia merupakan suatu lagi sejarah baru bagi iLuvislam.com yang pasti tidak mampu dilupakan.
InsyaAllah, dengan nikmat Allah ini, saya akan terus komited memimpin iLuvislam.com bersama rakan-rakan lain dalam usaha kami mencapai misi dan visi yang telah kami kongsikan bersama.
Bagi saya, ia merupakan suatu lagi ujian Allah untuk kami bagi menilai samada kami benar-benar beriman atau tidak. Oleh kerana ia merupakan ujian, izinkan saya berkongsi sedikit nasihat:
1. Kepada diri saya dan sahabat pengurusan yang lain:
* Marilah kita sama-sama memelihara niat.
* Jauhkanlah diri kita dari penyakit hati seperti riak, sombong dan iri hati.
* Mari kita terus bersatu hati dan berpadu tenaga untuk memantapkan pengurusan iLuvislam.com.
* Berdoalah selalu agar Allah sentiasa memberikan kita semangat untuk terus thabat dalam perjuangan ini.
* Janganlah berputus asa akan rahmat Allah kerana Allah itu Maha Pemberi Rahmat.
2. Kepada krew-krew iLuvislam.com:
* Marilah kita sentiasa perbetulkan niat.
* Jom mantapkan diri kita dengan amal soleh supaya kita bisa menjadi contoh.
* Berkongsilah apa sahaja idea dan pandangan dengan saya melalui medium sedia ada.
* Teruskan usaha kalian untuk terus "memberi" kasih sayang kepada ummah.
* Berdoalah selalu agar Allah sentiasa memberikan kita semangat untuk terus thabat dalam perjuangan ini.
3. Kepada pengunjung iLuvislam.com:
* Marilah kita sama-sama memanfaatkan iLuvislam.com sebagai sebuah website yang mendidik dan "memberi".
* Jauhkanlah diri kita persepsi dan iri hati.
* Tegurlah krew-krew iLuvislam.com andai kami melakukan kesilapan supaya kami boleh memperbetulkan.
* Jom kita ramai-ramai promosi iLuvislam.com kepada semua; seluruh lapisan masyarakat.
Buat akhirnya, saya ingin mengucapkan infiniti terima kasih kepada:
1. Allah SWT. Dialah Tuhan yang Maha Perancang lagi Maha Pemurah.
2. Pihak Kumpulan Karangraf Sdn. Bhd.
3. Ahli keluarga saya yang hadir.
4. Krew-krew iLuvislam.com yang menyertai rombongan kali ini.
5. Sahabat-sahabat saya(bukan krew iLuvislam.com) yang turut hadir.
Semoga dengan perkembangan yang sangat positif ini, iLuvislam.com akan terus maju kehadapan dalam mencapai misi dan visi yang dikongsi bersama.
Luv Everybody, Hate Nobody,
Mohd Nurul Imran Bin Koyube
Presiden iLuvislam.com
Together WE make history for OUR ummah
Sumber : imkoyube.iluvislam.com
p/s: Saya kongsikan gambar-gambar kenangan di bawah.
No comments:
Post a Comment