Secara kebiasaaannya, jika kita membeli sesuatu barang misalnya, pasti barang itu akan disertai dengan panduan penggunaan. Apa pentingnya panduan ini. Panduan inilah yang akan mengajar penggunanya teknik penggunaan yang betul, dengan erti kata lain, panduan ini sedikit sebanyak dapat menjamin sesuatu barang itu untuk bertahan lebih lama. Seperti contoh nika kita membeli alat pengering rambut, kita akan dapati bahawa syarikat pengeluar alat pengering tersebut telah melarang kita di dalam panduan penggunaannya untuk membiarkan pengering tersebut terkena air kerana boleh menyebabkan kerosakan pada alat tersebut dan sebagainya.
Manusia juga jika diperhatikan umpama sebuah alat yang juga mempunyai panduan penggunaan, jika kita lihat dari sudut kesihatan, manusia dilarang untuk makan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi kerana ini dapat menjejaskan kesihatan manusia dan memendekkan lagi jangka hayat kehidupannya. Oleh itu, benarlah bahawa manusia sentiasa dikelilingi oleh berbagai-bagai peraturan.
Jika dari sudut kesihatan manusia perlu mengikut tunjuk ajar atau panduan doktor untuk menjamin kesihatannya. Tetapi di dalam urusan pentadbiran, urusan jual beli, urusan perkahwinan urusan yang berkait dengan selepas kematian dan sebagainya, apakah yang akan menjadi rujukan kita. Jika kita mengatakan bahawa doktor rujukan kita, mustahil kerana hal ini tiada kaitan langsung dengan unsur-unsur kesihatan, jika kita katakan presiden sesebuah negara atau pakar di dalam sebuah ilmu, ini juga mustahil kerana mereka bukan mencipta manusia untuk mengetahui urusan manusia dan mereka juga tidak mengetahui urusan manusia selepas matinya.
Justeru itu, kita memerlukan satu panduan untuk menjadi rujukan di dalam urusan-urusan tadi. Apakah yang akan menjadi rujukan kita? Mustahil manusia yang sering membuat kesalan dan yang mempunyai pemikiran yang terbatas menjadi rujukan kita.
Selepas dikaji, ternyata agamalah yang sebenarnya yang wajib menjadi rujukan kita di dalam urusan-urusan tersebut. Tetapi persoalannya di sini, agama apakah yang benar atau dengan erti kata lain agama apakah yang sebenarnya layak untuk diikuti.
Untuk memendekkan perbahasan, penulis hanya ingin membincangkan di sini mengenai agama yang satu yang benar dan yan sepatutnya menjadi rujukan kita. Tidak lain tidak bukan agama ini ialah agama Islam. Untuk membahaskan mengenai agama-agama lain dan perbandingan di antaranya, kita memerlukan perbahasan lain yang lebih panjang, perbahasan ini hanyalah berkisar mengenai Islam.
Islam merupakan sebuah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada utusannya, Nabi Muhammad S.A.W . Agama Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah bagi umat akhir zaman seperti zaman kita ini. Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir yang membawa syariat Allah. Islam adalah agama yang cukup unik cukup sempurna dan cukup sesuai dianuti oleh seluruh peringkat umur dan semua jenis bangsa.
Perbahasan penulis di dalam ruangan ini cukuplah terbatas. Penulis hanya ingin menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan Islam seperti keistimewaannya, keunikannya dan peranan Islam dalam menyelesaikan isu-isu semasa di zaman moden ini.
Bila menyebut mengenain sesuatu perkara, kita mesti tertanya-tanya, apakah keistimewaannya? Apakah keunikkannya? Begitu juga dengan agama Islam, pasti ramai tertanya-tanya akan keunikannya.
Agama Islam adalah sebuah agama yang mempunyai bermacam-macam kelebihan, bermacam-macam keunikan. Dalam masa yang sama, agam Islam adalah agama uang tidak mengandungi kelemahan walaupun sedikit. Kerana pencipta agama ini ialah pencipta yang tidak mempunyai kelemahan dan tidak mempunyai kecacatan.
Kita tidak mungkin akan dapat menghimpunkan kesemua keistimewaan Islam kerana pemikiran kita yang terbatas. Justeru yang demikian, kita hanya mampu menceritakan mengenai keistimewaan ini hanya mengikut kemampuan kita sahaja. Pada perbahasan kali ini, penulis hanya ingin menyentuh keistimewaan Islam dari 3 sudut sahaja. Iaitu dari sudut kesesuaiannya kepada semua, kesyumulannya yang merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia dan kemampuannya dalam mencorakkan akhlak manusia dan menyelesaikan masalah-masalah sosial.
Sesuainya Islam bagi setiap bangsa, setiap lapisan umur. Di dalam agama Islam tidak pernah membeza-bezakakan di antara satu bangsa dari satu bangsa yang lain. Maka Islam meletakkan bangsa melayu seperti bangsa cina, bangsa india seumpama bangsa melayu dan sebagainya. Islam hanya memuliakan seseorang itu kerana ketaqwaannya dan bukan kerana bangsanya. Islam juga sesuai bagi semua lapisan umur. Bagi penganutnya yang masih kecil ada hukum-hukum yang tertentu keatasnya, maka hukumnya tidak seperti orang dewasa, dan hukum orang dewasa yang sihat tidak seperti hukum orang dewasa yang uzur, dan tidak juga sama dengan hukum orang tua yang uzur dan sebagainya. Agama Islam juga telah meletakkan batasan-batsan dan hukum-hakam bagi orang kafir yang berada di bawah pemerintahan Islam. Lihatlah, betapa sesuainya agama ini bagi setiap manusia, apatah lagi agama ini telah meletakkan batasan dan hukum juga bagi bukan penganutnya yang berada di bawah pemerintahan Islam.
Sudut yang kedua dari 3 sudut keistimewaan Islam yang ingin penulis bincangkan di sini ialah kesyumulan Islam atau menyeluruhnya Islam ini yang mengandungi perbahasan mengenai setiap aspek dalam kehidupan seharian kita. Dari awal kita bangun dari tidur ada caranya ada hukumnya, di dalam bab perkahwinan ada hukum-hakamnya, begitu juga perubatan, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Pendek kata, tidak berlaku sesuatu itu kecuali ada bersamanya hukum-hakam di dalam Islam. Kesemua hukum-hakam ini tidaklah bertujuan untuk mengongkong kehidupan manusia apatah lagi menzalimi mereka, akan tetapi hukum-hakam ini bertujuan untuk mengawal tingkah laku manusia supaya tidak berlaku zalim menzalimi dan sebagainya. Begitu juga halnya mengenai peraturan di dalam perubatan yang sering kita dengar daripada doktor untuk memakan makanan yang manis, kerana ia akan membawa kepada penyakit kencing manis dan sebagainya. Ternyatalah, segala hukum-hakam ini menunjukkan kasih sayang Allah terhadap kita untuk menjadikan kita manusia yang selamat dan Berjaya di dunia dan akhirat.
Mutakhir ini, memang banyak diperbahaskan bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah social di dunia ini secara amnya dan di Negara kita secara khususnya. Para pemikir antarabangsa dijemput bagi menyelesaikan masalah ini. Selepas berlangsungnya perbahasan selama beberapa tahun sehingga hari ini, mereka masih lagi belum boleh mengeluarkan kata putus untuk penyelesaian yang berkesan bagi masalah ini. Penulis dengan yakinnya ingin mengatakan bahawa satu-satunya penyelesaiannya ialah kita kembali kepada ajaran Islam, kerana seperti mana yang di sebut di atas ialah antara kelebihan ajaran Islam ialah kerana ajaran ini antara motif utamanya ialah untuk menjelaskan perkara yang hak dan batil, dan pada yang sama meleraikan masalah sosial yang melanda Negara kita.
Kenapa penulis mengatakan bahawa ajaran ini boleh menyelesaikan masalah yang setakat ini tiada manusia yang dapat mencari penyelesaiannya kecuali dengan kembali kepada ajaran Islam? Jika kita mempunyai masalah pada kereta kita, tentulah kita akan membawa kereta itu ke bengkel kereta untuk dibaiki. Begitu juga dengan manusia, jika ada masalah yang menimpa manusia, kita mestilah mencari penyelesaiaanya dari yang mencipta manusia, iaitu dengan kita merujuk kepada agamanya semula.
Sebagai contoh, banyaknya nisbah anak luar nikah yang dicatatkan, bagaimanakah Islam menyelesaikannya? Di dalam agama Islam ada sebuah kaedah yang disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. iaitu “ penjagaan lebih baik dari rawatan”. Jadi Islam telah meletakkan batasan-batasan atau kita sebut sebagai hukum-hakam untuk menjaga kemaslahatan manusia seperti mana kita sebut di dalam perbahasan diatas sebentar tadi. Jadi sebelum berlakunya penzinaan Islam telah melarang kita untuk mendekati zina seperti mana yang dirakamkan oleh Al Quraan, seperti mana juga yang kita tahu bahawa zina adalah haram di dalam Islam. Maka zina dilarang sama sekali, barangsiapa yang tetap melakukannya dia akan menerima balasan. Dalam masa untuk kita menjauhkan diri dari zina, kita diharamkan untuk melakukan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, ini jelas menunjukkan Islam dapat menjauhkan sedikit sebanyak perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Untuk kaum perempuan, Islam telah mewajibkan keatas mereka untuk menutup aurat mereka iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini akan menyebabkan kaum lelaki dapat menjaga nafsu mereka untuk tidak merogol atau memperkosa. Walaupun dengan semua larangan ini, Islam sebenarnya telah membolehkan kita berkahwin.
Lihatlah betapa cantiknya Islam dalam menjaga manusia dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan mereka. Justeru itu, penulis mengajak para pembaca yang budiman agar kita semua kembali kepada ajaran Allah S.W.T. tidak lain tidak bukan ialah agama Islam. Agama yang tidak membawa kepada kemudharatan, agama yang sentiasa membawa kepada kebaikan dan kedamaian, agama yang tidak menyusahkan, agama yang membawa kepada kita kejayaan di dunia dan akhirat.
Akhir kata, segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang buruk datangnya dari kelemahan penulis sendiri. Ampun dan maaf diminta, andai di dalam penulisan ini ada perkara yang mengguris hati pembaca. Penulisan ini tidaklah bertujuan untuk mengutuk atau menjatuhkan mana-mana pihak, tapi yang sebenarnya ia bertujuan untuk mengajak para pembaca kepada yang benar kepada yang hak...
Sunday, February 8, 2009
Thursday, February 5, 2009
...assalamualaikum...
Tuesday, February 3, 2009
....kisah remaja zaman sekarang....

suatu hari aku termenung...aku memikir kan tentang diri ku ini..aku mempunyai seorang kawan perempuan yang bukan seolah macam kawan..dia seolah macam penyinar hidup ku..aku terfikir...andai kata aku terpaksa meneruskan pengajian ke luar negara...aku terpaksa meninggal kan nya keseorangan...dalam masa yang sama aku terfikir ape hukum melayani perempuan yang bukan muhrim..aku rasa belum sampai masanya lagi aku memilih teman hidup ..sebab di usia remaja...kita masih mentah lagi...ramai zaman sekarang...remaja yg mempunyi pasangan...lebih lagi budak-budak sebaya ku...sepatutnya selepas kahwin bru blh nk bercinta...macam...ada satu cerita ni saya tertarik degan jalan ceritanya...name cerita tu i'm not single...name cerita tu bagi sy tak sesuai dgn ceritanya...sy lebih suke klu cerita tu diberi name cinta...sy rasa lg tepat dgn jln ceritanya...dalam cerita tu...sy nk petik sikit dalam cita tu...dia bercinta awal-awal lepas tu perempuan tu di nikah kan dengan orang dia tak kenal langsung..tapi degan pergaduhan mereka la yang membina cinta di dalam hati..dan orang yang sebelum ni saling mencintai putus degan mudah je..dari cerita tu saya dapat satu petua...iaitu..marah tanda sayang dan tak kenal maka tak cinta..sebab tu kita tengok suami isteri asyik bergaduh je...lepas tu berbaik semula kan???cinta..saya sendiri pernah merasa...tapi alhamdullillah saya telah sedar...bahawa cinta tu akan hilang sekelip mata sahaja degan satu perkatan.iaitu putus...cuba orang yang mempunyai bf/gf cakap putus macam mane rasa bf/gf dia..misti rasa pelik-pelik kan..pastu yang ni cakap dia ni ade orang lain la,ape la...at last sekali misti putus kan!betul tak???baik kita bercinta lepas kawin...baru kita bolih nak bersentuhan antra satu sama lain...saya tegok remaja zaman sekarang bersentuhan tanpa batasan...kalau dia punya bf/gf dia punya suka je nak sentuh kat mane-mane..kita ade agama kita ade quran kita ade hadis...bayak kita ade untuk buat tunjuk ajar..mula-mula pegang tangan...lepastu berlaku benda yang tak diingini ...lepas dapat anak teragak-agak lak nak jaga...masa nak buat tu tak teragak-agak pulak...entah la remaja zaman sekarang ni...saya harap kita semua tak terjerumus dalam benda-benda macam tu..insyallah..setakat ni je dulu..kita cuba la muhasabah diri kita balik..insyallah masih belum terlambat untuk kita bertaubat..sementara pintu taubat masih terbuka...assalamualaikum...
Subscribe to:
Posts (Atom)
